Mengejar kebahagiaan dalam kehidupan
Nabi Muhamad SAW dikelaskan
sebagai daa’im al-bushra, iaitu
orang yang sentiasa optimistik dan gembira.
Adakah Nabi tidak pernah bersedih?
Tidak.
Banyak kejadian yang menyedihkan
Nabi. Kehilangan Siti Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak
membuat Rasulullah berasa pilu.
Banyak perkara yang terjadi dalam
hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan.
Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.
Pasti ada hikmah yang akan menyusul.
Pengalaman hidup akan mengajarkan
erti kebahagian yang sebenar
“People never learn anything by
being told,
they have to find out for themselves.”
they have to find out for themselves.”
Dalam kehidupan ini, perkara yang
tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita akan mengalami
kehilangan.
Kadangkala kita sukar untuk
melihat hikmah dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah
kita mengalaminya sendiri.
Ada beberapa pelajaran hidup yang
kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat pahit sekali:
1.
Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita
Pada suatu hari nanti kita semua
akan menghadapi realiti kehilangan.
Walaupun hidup berjalan, malam dan
siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak pernah berhenti
merindui insan istimewa yang telah pergi. Kita hanya cuma belajar untuk hidup
sekeliling bayang-bayang mereka.
Apabila kita telah kehilangan
seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa mereka, pasti
hati kita akan hancur dan remuk.
Berita buruknya disini, adalah kita
tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu.
Kita tidak akan pernah dapat melupakan mereka.
Walaubagaimana pun, ia juga boleh
menjadi sesuatu yang baik bagi kita.
Walaupun hati kita tidak pulih
sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak, berkembang dan
bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan kita, walaupun dengan hati yang
sakit.
Ia seperti kaki yang patah teruk
akibat kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala. Dan ia
akan tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari
walaupun kita sedikit tempang.
Dan tempang inilah yang akan
menambah keazaman kita dan keunikan karekter diri kita.
2.
Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan.
Mengejar kebahagiaan adalah tidak
sama rasa gembira.
Perasaaan gembira hanyalah perasaan
yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu.
Rasa gembira memang menyenangkan dan
melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan pudar dengan berlalunya masa. Inilah
perkara yang kita jarang untuk faham pada mulanya.
Sebagai orang Islam kita percaya
kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang dalam Syurga dan
kebahagiaan di dunia ini.
Syurga adalah kebahagiaan yang kekal
abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan. InsyaAllah setiap apa
yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah tersebut, mencari
keredhaan Allah dan SyurgaNya.
Tetapi ia bermakna kita tidak perlu
mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak.
Allah juga mahukan kita bahagia di
dunia ini.
Mengejar kebahagiaan, adalah perkara
yang dilakukan sepanjang hayat.
Ia sukar untuk difahami dan tidak
bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul dicari adalah sesuatu
yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a meaningful life.
Ia selalunya bermula dengan mengapa.
Mengapa kita buat sesuatu perkara
itu dalam hidup kita?
Kebahagiaan lebih senang datang
apabila kita tahu apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita
buat, dan suka apa yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan
perkara itu).
Hidup kita mungkin ada turun dan
naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan hikmah yang terjadi
disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita hidup untuk sekadar
hidup selama berpuluh-puluh tahun.
Kita akan bahagia jika kita memahami erti hidup kita.
InsyaaAllah.
3.
Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan.
Apabila kita mengalah kepada rasa
takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung kembali kehidupan
kita nanti.
Kita benci. Kita akan menyesal.
Mengapa?
Bila kita mengalah untuk buat
sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita akan menyesal pada suatu
hari nanti.
Samada berhenti kerja untuk buka
bisnes sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang
memerlukan pengorbanan, susah payah dan berisiko.
Semua perkara-perkara ini mungkin
menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan
daripada penyesalan yang tak sudah?
Jangan biarkan masa itu berlalu
melambai begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan
kembali tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini.
Live your life. Take
risks. Feel passion. Run free.
4.
Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik
Hidup ini terlalu sukar dijangka
dengan rigid expectation
Hidup ini tidaklah terlalu mudah dan
juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya bersesuaian
dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup cantik bagi
kita.
99% masa kita hidup memberikan kita
pengalaman yang sangat berharga untuk membantu pertumbuhan kita.
Kuncinya adalah dengan menerima
segala yang telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak
tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu,
walaupun sukar.
Sometimes life will beat you to the
ground and try to keep you there if you let it. But it’s not about how
hard life can hit you, it’s about how hard you can be hit while continuing to
move forward.
Bila kita rasa nak sangat menangis
dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju
bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat.
Harungi segala cabaran dan dugaan.
Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control
of your emotions before they take control of you. Everything will fall
into place eventually.
“Sesungguhnya Allah tidak akan
membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (surah
Al-Baqarah: 286)
5.
Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat.
“Jangan berfikir tentang rasa nasi
lemak”
Apa yang sedang anda fikirkan
sekarang?
Rasa nasi lemak, bukan?
Apabila kita fokus untuk tidak
memikirkan tentang sesuatu, kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara
tersebut.
Perkara yang sama juga terjadi bila
kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang pahit.
Bila kita selalu memaksa diri kita
untuk melupakannya, selalunya ia akan bertambah berat dan semakin kita akan
ingat.
Bertenang. Kereta pun ambil masa
untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
Jadi bagaimana?
Pilih untuk fokuskan untuk buat
perkara lain yang kita suka dan kita nak, dan insyaaAllah kita akan
meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita kita bergerak maju ke hadapan.
Lari dari masalah adalah perlumbaan
yang kita tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari
jauh-jauh.
Daripada paksa diri cuba melupakan,
lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh menggantikan perkara pahit
(negatif) itu.
Penutup:
Pelajaran hidup adalah sangat penting dan tak semua orang dapat pelajaran yang
sama.
Hiduplah seperti kita akan mati
esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya.
Tanpa ragu lagi, setiap hari adalah
hadiah daripada Allah.
Dan hadiah itu adalah peluang untuk
hidup, untuk belajar dan berkembang.
Jadilah pelajar kepada kehidupan.
Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita
boleh.
Kita mungkin kehilangan sesuatu
untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu
perkara dengan cara yang keras dan sukar.
Tak mengapa, itu adalah perkara
biasa.
Semua pengalaman adalah berharga dan
penting untuk kita.
Tujuan hidup kita adalah untuk hidup
dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha
Allah.
InsyaaAllah kita tidak akan menyesal
menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk
kita.
Takdir Allah is something yang
unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
http://akuislam.com/blog/renungan/mengejar-kebahagiaan-pelajaran-hidup/
Mengejar Kebahagiaan
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Mengejar Kebahagiaan
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Mengejar Kebahagiaan
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Mengejar Kebahagiaan
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/gedeudiastama/mengejar-kebahagiaan_571acbfd907e613c048b4569
Tidak ada komentar:
Posting Komentar